Megat Rahim

Megat Abdul Rahim Megat Abdul Razak (lahir 28 April 2002) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau ialah seorang penyanyi Jazz. Ramai mengatakan bahawa rupanya ada iras seakan-akan Bruno Mars dan Remi Malek. Beliau dikenali setelah lagunya Sinar popular pada 2018 dibawah naungan Beegood Music. Lagu Sudahlah bersama Chubb-E telah dikeluarkan pada 21 Februari 2020. Kuasa Dua merupakan lagu terbarunya (2021). Megat Rahim pernah mengikuti audition Big Stage Musim Pertama (2018) tetapi tidak berjaya kerana tidak cukup umur (16 tahun).Kini Megat Rahim sedang mengikuti satu pertandingan realiti nyanyian paling terkenal di Malaysia iaitu Big Stage (musim ke-4). Pertandingan ini mulai ditayang pada 6 Februari 2022 di Astro Ria, Astro Prima dan saluran Astro Go secara siaran langsung. Pertandingan ini juga merupakan pentas besar pertamanya beraksi dalam bidang muzik dan nyanyian.